Sticky Wicky
This is an archive site. Entri-entri dari Merces Letifer, di mana aku blog dahulu. Aku tidak akan mengemaskini atau edit website ini lagi.
I blog at Vinegar and Ice now.
Soalan (Kurang) Jujur
Kenapa dalam masyarakat kita, apabila seseorang menggunakan Bahasa Inggeris dalam percakapan dan penulisannya, dia dituduh tidak berbangga dengan bahasa ibundanya, berbangga dengan bahasa serta adat penjajah dan berlagak,
tetapi apabila majalah local menggunakan muka Mat Salleh untuk menghiasi cover majalah dan muka Pan Asian dipaparkan dalam iklan di kaca TV, tak ada siapa pula menjerit kita mengagung-agungkan Mat Salleh? Apabila rancangan-rancangan di TV ‘meminjam’ konsep rancangan realiti Amerika, tak ada siapa pula kecoh kata kita lebih berbangga dengan hasil buah otak penjajah?
Aku boleh membebel dengan lebih panjang lebar lagi, tapi sekarang minda aku tengah preoccupied dengan masalah yang lebih besar. 
Menaikkan kuantiti dan kepekatan darah dalam badan seekor kucing berusia 1 bulan yang telah hilang separuh kandungan darah dalam badannya, tapi masih hidup.
Semalam hari Ahad. Hari Ahad memang hari Setan. Klinik haiwan tutup.
Mungkinkah Kamu Pengamal Islam Hadhari?
Jadi, apakah yang membezakan Islam dan ‘Islam Hadhari’?
Mungkinkah ini:
Kamu sembahyang lima waktu sehari, lantas membaca Al-Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Kamu amalkan ini sejak baligh lagi dan sekarang umur kamu mungkin dalam lingkungan 20/30-an.
Katakan kamu seorang lelaki berumur 24 tahun yang sudah mengamalkan perkara di atas selama 10 tahun (kita ambil 14 tahun sebagai umur officially baligh). Sekarang, pengiraan:
10 tahun x 365hari x 17 kali = 62050.
Kamu telah membaca Al- Fatihah sebanyak 62050 kali dalam masa 10tahun. Itu belum masuk kira berapa kali kamu telah membaca surah Al-Fatihah sebelum baligh di sekolah rendah agama dan semasa solat terawih dalam bulan Ramadhan.
Tanda-tanda kamu pengamal ‘Islam Hadhari’?
Kamu telah baca surah Al-Fatihah sekurang-kurangnya 62050 kali tetapi tak pernah menghafal maksud surah itu. Kamu pernah membaca Al-Fatihah berpuluh ribu kali, tetapi tak pernah sekalipun faham apa yang kamu sedang lafazkan.
Aku tak suka istilah ‘Islam Hadhari’. Hadhari membawa maksud ‘bertamadun’, seolah-olah Islam tanpa penambahan ‘Hadhari’ itu tidak bertamadun. Cuma, walaupun dengan segala teknologi dan kemewahan yang kita ada hari ini, umat Islam zaman dahulu lagi bersikap bertamadun dari kita sekarang yang mengugut orang dengan pisau, keris dan kata-kata kesat jika tidak bersekefahaman dengan kita.
Tahukah kamu,
Nabi SAW dahulu, walaupun dibaling dengan batu berkali-kali sehingga darah dari kepalanya mengalir hingga ke tanah yang Baginda sedang berjalan atas (tanah di mana darah Nabi SAW tertumpah, tak akan ada tanaman yang boleh hidup dan mekar di situ), dibaling dengan tahi unta dan diletakkan kaki unta di atas tengkuknya semasa dia sedang bersujud supaya dia tidak boleh bangkit, masih mahu mendoakan kesejahteraan orang yang mencederakannya? Sehinggalah Allah SWT tidak membenarkan Nabi berdoa seperti itu lagi.
Pernah ada suatu perkampungan antara dua gunung, di mana Nabi ingin menyebarkan dakwahnya tetapi tidak disambut dengan baik. Nabi SAW pernah diberi pilihan oleh seorang Malaikat sama ada mahu gempa bumi terjadi supaya dua gunung itu ditemukan dan semua orang di perkampungan itu, yang mencerca dan mencederakannya, mati.
Baginda menolak idea itu dan berkata walaupun hari ini tidak ada yang dapat menerima ajaran Baginda, Baginda yakin suatu hari akan lahirnya ramai penganut Islam yang taat di perkampungan itu juga. Kamu semua tahu aku sedang bercakap tentang perkampungan mana. Ini ada dalam syllabus darjah 1 Pendidikan Islam.
Boleh kita buang cara pendakwahan secara paksaan/herdikan dan ‘holier-than-thou‘ approach sebagaimana yang sedang dipraktikkan dalam Malaysia sekarang dan ikut cara pendakwahan Nabi SAW? BOLEH?
Masalah Aku dengan Udang

Ini dilema aku. Bukan pasal lelaki, bukan pasal duit atau arah tuju hidup aku.
Aku masih berasa leceh apabila terpaksa mengopek kulit udang menggunakan sudu dan garpu di meja makan semasa majlis-majlis formal. Kalau nak ikutkan hati, makanan kecil dan sedap seperti udang itu, sudah lama aku belasah dengan tangan. Selepas kamu berjaya mengopek hanya seekor udang dengan garpu dan sudu kamu, aku sudah memasukkan 10 ekor udang dalam mulut aku. I want my instant gratification!
Aku mahu bertanya jika sesiapa pernah mengalami dilema seperti ini, tapi rasa-rasa macam tak saja. Sebab:
Bulan lepas, di Germany, dalam sebuah Italian bar, tingkat atas sekali. Di meja; seorang lelaki Perlis, seorang lelaki Terengganu, seorang lelaki Ampang dan seorang perempuan PJ.
Semua dihidangkan dengan makanan berasaskan ubi dan makanan laut, aku dapat sotong goreng kosong. Tak suka. Aku tengok pinggan lelaki Terengganu, ada udang sautéed. Aku suka. Aku offer dia sotong aku. Dia ambil walaupun dia tau mesti tak sedap. Dia terpaksa offer udang dia sebagai sistem barter walaupun dia tau udang dia bernilai jauh lebih tinggi daripada sotong aku. Aku offer sotong aku kepada semua orang. Mereka terpaksa meng-offer makanan mereka yang jauh lebih sedap kepada aku juga.
Udang sauteed, kulit dia susah untuk dikopek sebab melekat pada isinya. Lambat gila nak kopek dengan garpu dan pisau. Aku lihat rakan-rakan lain berusaha sedaya upaya. Lelaki Perlis mengeluh, “Ish, awat susah sangat aih nak kopek udang ni.”
Screw this shit, aku berkata dalam hati. Aku mula mengopek dengan tangan. Orang German di sekeliling mula pandang aku tanpa kelip mata. Lelaki Perlis pandang aku dengan muka separa kasihan. Lelaki Ampang buat-buat tak nampak. Mereka sambung mengopek udang dengan bersusah payah dan lambat. Tiba-tiba lelaki Terengganu menghulurkan aku seekor udang yang telah dikopek kulitnya dengan sempurna.
Ok, granted, ini mungkin bukan mapley atau kedai makanan segera. Tapi kenapa aksi aku mengopek udang menggunakan tangan perlu dipandang pelik? Adakah tangan dipandang kotor dan sudu dipandang suci? Tangan aku tak pernah masuk di dalam beribu-ribu mulut lain. Sudu dan garpu pernah. Adakah makan dengan tangan di majlis formal dianggap biadap dalam konteks etika makanan serta tidak bertamadun? Siapa suruh tak kopekkan kulit udang untuk aku. Scheisse betul.
Rewind 9 tahun, situasi sama. Kali ini makan dengan keluarga berdarah biru. Aku buat perkara sama. Aku ditertawa oleh seorang budak kecil dan dipandang serong oleh emaknya. Rewind 4 tahun lepas, perkara sama. Sekali lagi ada insan terlebih baik memberi udang sedia dikopek dalam usaha untuk memberhentikan kerja tak senonoh aku mengopek kulit udang dengan tangan di majlis formal.
Kamu bagaimana? Adakah kamu makan sandwich dengan garpu dan pisau kerana ingat perbuatan itu akan membuatkan kamu kelihatan high class? Mana ada orang buat macam tu weh. Adakah kamu makan ayam di KFC pakai sudu dan garpu depan pacar kamu agar kelihatan sopan? Lepas itu tapau supaya boleh meratah di rumah pakai tangan?
Ya, aku reti untuk guna sudu mana untuk makanan mana dan tak pernah meletakkan siku di atas meja tapi aku enggan, enggan untuk mengopek kulit udang dengan pisau dan garpu.
Aku Mungkin Silap, Aku Minta Maaf…
Dan Kenapa Kamu Harus Sokong Polisi Baru Penang.
Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa macam tak sedap hati bila membaca semula entri ini, terutamanya point nombor 4 (Edit: Silap! Nombor 3). Macam ada silap, but I can’t quite put my finger on it.
Mungkin sebab terbaca salah satu komen yang aku dapat. Dan aku perlu terangkan kenapa aku mungkin silap, sebab aku tak suka menyampaikan maklumat yang palsu. Jadi aku berusaha juga untuk online menggunakan dial-up 54.6Kbps (lokasi terpencil sedikit, rumah baru) untuk post entri walaupun terpaksa bersusah payah.
Aku tau mungkin kadang-kadang aku berbunyi racist, terutamanya apabila berbicara tentang kaum aku sendiri. Bukan itu niat aku. I meant it as a constructive critism. Ibu bapa aku; seorang bumiputera, seorang lagi tidak. Maka aku sangat aware akan betapa bertuahnya aku sebagai bumiputera dan aku sangat sedih apabila lihat bumiputera yang lain tidak bersyukur.
Ramai yang takut mendengar gara-gara behawa DEB mungkin akan dimansuhkan di Penang, ini tidak benar. Ini adalah bukti nyata yang media sering memutarkan belitkan pernyataan untuk melagakan kaum. Aku sebenarnya tak pasti DEB itu memanfaatkan kaum Melayu generally pun, selain dari kroni-kroni tertentu. What he proposed was ‘open tender’. Ini bermaksud projek-projek akan diberi berdasarkan merit, ataupun siapa yang paling layak. Jauh berbeza dari sekarang, di mana projek hanya diberi kepada orang tertentu, dan orang itu pula akan berkongsi duit dengan kroninya. Contohnya apabila 3 billion diperuntukkan untuk sesuatu projek, selepas berkongsi kekayaan itu dengan kroninya , tinggal 1 juta saja untuk melaksanakan projek itu.
Lagi satu, aku mahu tekankan, kamu tak layak untuk kutuk PAS unless kamu pernah berada di bawah jajahannya. Aku kenal seorang pakcik berbangsa Cina berstatus jutawan yang menetap di Kelantan. He loves it there. Dia kata pemerintahan PAS bagus. Dia tak mahu meninggalkan Kelantan. Kamu lihatlah sendiri. Nik Aziz yang dah bertahun-tahun jadi Chief Minister pun masih tinggal di dalam rumah yang sederhana. Berbeza dengan bekas Menteri Besar sebuah negeri itu, yang dulunya nobody, tiba-tiba saja beli banglo walaupun tak buat kerja apa dan gaji tak seberapa mana. Dan empayarnya kembang, makin kembang dan kembang lagi! Improvement di Kelantan itu ada, cuma tidak nyata kerana tidak tesergam indah dan menonjol seperti sebuah banglo yang baru dibeli dengan duit rakyat.
Jadi aku tarik balik point nombor 3. Siapalah aku untuk mengatakan kita sebagai rakyat Malaysia tak boleh hidup tanpa BN? Daripada apa yang aku sedar sekarang, dengan polisi baru Penang, mungkin approach non-zero-sum itu boleh dipraktikkan. Now we can keep track of where the money goes dan duit rakyat takkan terbazir lagi. Ini mungkin polisi yang paling brilliant aku pernah dengar yang memang memanfaatkan kita sebagai rakyat Malaysia dan bukan sebagai kaum Melayu, kaum Cina atau kaum India. Jadi kenapa kita nak marah dan takut dengan sesuatu yang mungkin akan memanfaatkan kita semua, tak kira kaum? Ataupun kamu tak kisah kemana duit kamu pergi asalkan nama kaum kamu yang berada di atas (kononnya)?
Haha, jangan risau, ini adalah ulasan terakhir aku tentang PRU12. Comments di offkan kerana ini hanya addition kepada entri sebelum ini.
Edit: Aku baru membaca entri terbaru Trankuiliti Tronoh, aku galakkan kamu baca kalau belum baca, isinya tepat sekali dengan aku yang aku ingin sampaikan tentang polisi baru Penang.
Soalan Jujur
Soalan jujur, tanpa elemen sindir atau perli langsung: Kenapa ramai orang suka namakan kucing mereka Si Putih/ Si Comel/ Baby/ Si Tompok/ Si Belang/ Pak Itam atau [insertkan nama tipikal lain untuk kucing di sini]?
Dulu masa di kolej, ada kucing hitam putih kena langgar dengan kereta warden. Jaw dia dislocated, dia jadi tempang. Tak ada siapa kesian kat dia. Bila aku tanya kawan aku,
“Comel tak kucing ni?”
Dia jawab,
“Eeee…tak! Hitam!”
Tak sangka, kucing pun tak bebas dari prejudis. Takkan nak suruh dia sapu Fair and Lovely atau bleach bulu dia kot.
Pendek cerita, last-last kucing tu aku bawa balik rumah. Abang aku tengok muka kucing tu dan beri nama Aizam Mat Saman (Jangan salah sangka, kami tak minat Adam AF. Ini sekadar parody). Mungkin sebab nampak muka kucing macam muka kampung kot. Kenalah nama kampung jugak. Nama Melayu sebab Aizam suka makan nasi dengan ikan terubuk. Tak ada ‘bin’, sebab dia freethinker dan malas sembahyang.

Hobi Aizam ialah berak dalam pasu bunga pokok mahal jiran aku lepas tu kambus balik messily dan meninggalkan wet footprints dia atas kereta mahal mereka. Semua jiran aku tak suka Aizam. Snobs.
Kalau muka macam jahat sikit, kami panggil Omarosa. Kalau kucing muka macam kartun, aku panggil Chocobo. Kalau gemuk dan bodoh tapi kebodohannya boleh buat aku gelak, aku panggil Patrick (sempena Patrick the Starfish). Kalau nampak macam high class sikit, ala-ala kucing Persian, kami kasi nama fancy sikit; Lyra Belacqua atau Serafina Pekkala.
Sesiapa yang tau jawapan kepada soalan aku di atas, silalah jawab.
Petang ni aku akan berangkat ke negara dan rumah baru yang tak ada phoneline pun, mungkin lama tak dapat online. Sigh.
p.s. Aku tak ada authority nak reject atau approve semua comments di dalam blog ini, tapi 47 akan bertanya pendapat aku dahulu kalau komen itu dibuat di entri aku. Kalau kamu buat komen yang tak relevan dengan entri, memanglah kami tak approve.
Entri yang Tak Relevan dengan PC dan Tak Tentu PC
Edit: Due to comments which are totally irrelevant and obviously coming from people who belong in the list I have made below, please read this article before you make any further derogatory remarks about PAS (or any other party for that matter) and continue to make complete fools out of yourselves. I laughed reading your comments, tapi well, mostly kesian lah. And PC means political correctness or politically correct (as an adjective).
Now, with regards to the talk floating around that Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang has announced that Kedah is going to introduce Hudud laws; this is not true. Tok Guru confirmed he never made such an announcement. The trouble is, many of you wear these ‘boycott the mainstream media‘ T-shirts yet you still read and believe what the mainstream media spins. Would you become terrible offended if I shout ‘Bodoh punya orang!’? I really don’t know what else to shout under these circumstances.
Let me repeat what I have said many, many times in the past. PAS does not have 150 seats in Parliament. In fact, PAS, DAP and PKR combined do not have 150 seats in Parliament. Read my lips. “PAS NEEDS 150 SEATS IN PARLIAMENT TO CHANGE THE LAWS OF THIS COUNTRY OR OF THE STATES!”
Anyway, 150 seats or no 150 seats, PAS does not intend to introduce Islamic laws, PERIOD.
-Raja Petra
Ini bukan ulasan tentang general election baru-baru ini. Ini entri tentang golongan yang cukup menjengkelkan yang berkeliaran selepas GE.
1. Golongan yang tak pernah ambil tahu tentang politik tapi apabila musim pilihanraya kali ini tiba, perasan arif pasal politik kerana telah pergi mengundi Izzah. Undian pertama seumur hidup.
2. Golongan yang gembira dan bangga BN tidak menang 2/3, tetapi bila ditanya apa kesannya kalau BN tak menang 2/3, tak tahu nak jawab apa.
3. Golongan yang perasan anarki dan bercita-cita ingin BN digulingkan terus.
Hahaha. Sayang, siapa nak bela nasib kau nanti? Kau memang idealistik. I too, have faith in my race, but not that far. Kalau nak ambil crutches orang Melayu pun, at least train them to walk first. Jangan rampas terus. Nanti makin cacat jadinya. Aku sudah cukup puas hati dengan keputusan pilihanraya sekarang.
4. Orang bandar yang perasan educated dan ingat semua orang kampung itu bodoh dan tak reti untuk berfikir untuk diri sendiri, lantas terkejut apabila negeri-negeri yang dianggap ‘kampung’ kini dikuasai oleh BA.
Orang-orang yang sama yang have no or little faith in Malaysia dan rakyatnya, yang ingat undi-undi orang kampung boleh dibeli dengan beras percuma atau duit keping RM50. Perasan the fate of Malaysia lies solely in the hands of city people. Kononnya orang-orang kampung itu hanya tengok RTM, tak reti cakap BI dan patut dikasihani. Aku rasa kasihan terhadap orang bandar yang berfikiran begini. Tak cukup exposure agaknya. Iyalah, agaknya mereka hadkan pergaulan mereka hanya dengan orang bandar yang lain.
5. Golongan yang berfikir teori itu senang dipraktikkan dan berfikir pengalaman itu tak relevan. Change can occur in the matter of weeks.
Jangan expect perubahan itu akan tampak dengan serta merta lah.
6. Golongan yang masih beranggapan PAS itu kolot dan terkejut apabila nampak orang Cina/India menyokong PAS.
Ironi sungguh, penentang terkuat PAS ialah orang Melayu sendiri yang perasan liberal. Selalu perasan mereka ini tak mudah percaya kepada media, tetapi cepat untuk percaya news yang biased tentang PAS di media. Apa, kamu terkejut PAS dipilih oleh parti-parti lain untuk menjadi MB di sesetengah negeri? Apa kata kamu arifkan diri kamu dulu tentang perjuangan dan matlamat parti itu, barulah bentuk pendapat sendiri. Open minded itu bukan bermaksud kamu open minded untuk berbicara tentang seks, ok? Open minded itu adalah kamu memberi peluang kepada semua orang sebelum membentuk pendapat tentangnya.
7. Orang yang tidak boleh menerima kalau orang lain tidak memihak pada mana-mana parti.
Aku benci orang yang selalu ingin convert aku untuk memihak parti mereka. Tak pun mereka ingat aku tidak mengundi kerana aku tidak berminat/berpengetahuan tentang politik.
8. Golongan yang melabel aku sebagai apolitical kerana tidak mengundi.
Mungkin salah aku sebab balik Malaysia 2 hari sebelum GE. Semua orang ingat aku balik sebab nak mengundi. Lepas mereka tau aku tidak mengundi, mesti aku dapat ceramah percuma. Orang macam aku lah yang tidak menyumbang apa-apa pada negara dan bakal revolusi yang akan datang, orang yang malas mengundi ni lah sebab harga minyak akan terus naik, etc. Oit, aku masih keliru pasal channel Astro yang tiba-tiba menjadi beratus-ratus, jangan peningkan kepala aku lagi.
Kena Tag Part 2
Aku sedang berasa amat depressed. Semalam aku ingat nak merungut dalam blog aku tentang kehidupan aku yang sejak kebelakangan ini sangat memenatkan dan emotionally draining, tapi tak jadi sebab stats aku tiba-tiba doubled. Kebanyakannya datang dari neraka. Aku segan nak menceritakan hal peribadi aku kepada orang-orang yang semuanya datang ke blog aku semata-mata kerana hendak tau apa yang aku buat untuk memeningkan kepala AKAB. Tentu mereka hampa untuk discover aku hanya tulis pasal aiskrim.
Pada masa ini pun aku sedang menumpang rumah orang-orang bujang kerana rumah lama sudah disewakan pada orang lain dua hari yang lepas. Jadi, aku buat tag ini sekarang. Esok, aku dah tinggalkan negara ini for good. Balik Malaysia seminggu (tapi seminggu tak cukup untuk melepaskan rindu kepada kucing aku dan catch up dengan kakak aku, apatah lagi jumpa jagung aku. Sigh) dan lepas itu, pulang ke rumah.
Ini respons kepada tag Melayu Minimalis (Habislah kau! Lepasni mesti ramai Perempuan Ampang cari kau dekat Loft pada hujung minggu untuk suruh ambil gambar ala-ala edisi shoegazer) dan AKAB. Err, I mean, sweety. 47 cakap aku kena buat tag ini sebab dia dah buat bulan lepas. Dulu dia nak tag aku tapi aku cakap tak nak sebab masatu aku baru lagi dan tak tau nak tag siapa. Nak link blog mana dalam blog aku pun aku tak sure lagi. Aku harus pantau dulu. Sekarang pun aku tak tau lagi nak tag siapa tapi aku cuba saja lah.
Peraturan tag boleh dibaca di sini. Cuma, aku tak pasti, 5 laman kegemaran atau laman yang paling kerap dilawati. Aku list 5 website kegemaran aku lah:
1)Torrents Search Engine. Dah lama aku tak tengok TV, aku download semua yang aku mahu lihat ataupun tengok streaming saja. Aku tak suka iklan.
2)College Humor. Kalau Youtube ada Andy McKee yang pandai menggunakan gitarnya untuk multitasking, College Humor ada Bruce Pearl yang hanya memerlukan tangannya sebagai instrumen. Boleh lihat the amazing rendition of Bruce Pearl’s Take on Me kat sini. Aku suka video ini juga.
3)Break. Macam YouTube juga, tapi lagi spesifik kepada genre komedi. Sebenarnya Break ini satu website yang lebih ditujukan untuk kaum lelaki, tapi aku rasa perempuan pun boleh layan juga. Aku suka sebab ada klip Russel Peters yang 45 minit itu di sini. Aku minat komedi Russel Peters sebab dia mampu buat lawak ‘racist’ yang betul-betul kelakar dan tak ada sesiapa yang akan terasa.
4)TheBestPageInTheUniverse. Penulis kegemaran aku. Dia dah tak update, tapi aku masih melawat website dia tiap-tiap minggu. Mungkin satu-satunya penulis yang boleh menulis untuk 10 tahun dan tak pernah menghasilkan satu pun entri yang tak best. Aku selalu recommend website ini kepada kawan-kawan aku, tapi hanya dua tiga saja yang faham lawaknya. Kalau kamu tergolong dalam golongan bertuah itu, jangan link website atau tiru gaya penulisan dia. Aku bosan lihat budak-budak baru baligh cuba nak jadi Maddox.
5)TheBestLinkInTheUniverse. Link kegemaran aku untuk diforward dan dikongsi dengan rakan-rakan, biasanya di status YM dengan tajuk seperti ‘awek cun mykakis’ atau ‘artis kita boleh’.
Sebenarnya aku nak tag commenters yang aku suka, tapi di mana pula mereka nak reply. Takkan dekat ruang komen jugak. Kalau tak, dah lama aku tag Bovril Lavigne dan Hali Munan. Jadi, aku nak tag bloggers lain:
1)Fahmi Reza. Sebab sebelum dia komen di blog aku, aku ingat director 10 Tahun Sebelum Merdeka tu 58 tahun (long story).
2)The Boinq. Sebab dia lucu.
3)Chen. Sebab dia mengingatkan aku pada kawan rapat aku di sekolah menengah.
4)Amy. Sebab dia sorang yang aku kenal selama 2 bulan dan masih keep in touch sampai sekarang walaupun jarang berada di lokasi yang sama.
5)Roscoe P Stig. Sebab dia menyumbang 20% daripada laman web best yang aku lawati dan mp3 list aku.
Aku sedar semua orang yang aku tag tu sedang sibuk atau bukan jenis layan tag. Tak apa. Aku sentiasa optimistik.
Kthxbai.
40, F, Not Planning to Get Married, Perfectly Happy- Wujud Tak?
Soalan itu sering menghantui minda aku sekarang. Lelaki bujang atas umur 40 tahun yang tidak berminat untuk mendirikan rumah tangga sudah hampir menjadi kebiasaan sekarang – orang dah kurang hairan. People don’t ride on their backs. Tapi bagaimana pula dengan wanita single yang tak ada keinginan untuk settle down langsung? Kenapa aku tak pernah jumpa wanita seperti yang tertera di tajuk entry ini?
Aku selalu dengar tentang wanita-wanita seperti ini: Early 30s, ada rupa, ada kerjaya, perangai pun elok. Belum berkahwin. Gemar menggunakan statement seperti berikut:
“I’m an accomplished woman. I don’t need a man to complete me.”
“Ugh, I can’t stand the idea of being tied down to one man. I think we humans aren’t meant to be monogamous.”
Tapi, sering juga mengeluh tentang lelaki yang tak boleh setia dan berasa lonely. Selalunya mengalah dan berkahwin sebelum masuk umur 35. Juga pernah mengaku benci kanak-kanak tapi terus mengandung selepas berkahwin.
Ya lah, masyarakat tak berapa empathetic sangat atas andartu (aku benci gelaran ini). Bukan sahaja di Malaysia, malah satu dunia. Sebab itu wujudnya cerita seperti Sex and The City- cerita tentang 4 wanita 30-an yang belum berkahwin. Aku suka cerita ini tetapi bila aku fikirkan balik, cerita ini hanya tentang 4 orang wanita yang sedang mencari a long term relationship/ marriage.
Kenapa andartu tak ada saham? Kenapa mereka biasanya mengalah sebelum masuk 35? Sebab lelaki pada apa-apa umur pun ada saham dan masih boleh berbini muda. Tak ada rupa pun tak apa. Mereka boleh cakap mereka hendak bujang seumur hidup dan mengubah fikiran pada umur 50; masih boleh dapat jodoh. Lelaki selalu mahukan wanita yang lagi muda darinya. Old men always go for younger women. Young men always go for younger women. Tapi kalau wanita tua berkahwin dengan lelaki muda, nanti mesti jiran-jiran kuat mengata. Dan wanita tua itu mesti seorang pelakon, sangat cantik atau kaya.
Sekarang ini, aku hanya dapat fikirkan satu golongan wanita tua yang laku- MILFs. Tapi bila aku fikir balik, MILFs itu pun sudah berkahwin dan ada anak. Kalau tidak pasti bukan huruf M yang berada di depan akronim itu.
But then again, macam lah semuanya dah berkahwin itu happy.
My thoughts are a bit incoherent tonight.
Star Wars According to a 3 year old Girl
This is the cutest and funniest thing ever.
“…the shiny guy always worries…”
“…Luke, how to learn, learn how to do his little…light up sword, he has to try to block the little pokey ball…He tried to do it without seeing.”
“But don’t talk back to Darth Vader, he’ll getcha.”
The video was captured and uploaded by her Dad. 3 year olds and Star Wars, they’re just like Peanut Butter and Jelly. You just never expect they’d go so well together until you try mixing them up.