Magenta

Just another WordPress.com weblog

Mungkinkah Kamu Pengamal Islam Hadhari?

with 24 comments

Jadi, apakah yang membezakan Islam dan ‘Islam Hadhari’?


Mungkinkah ini:


Kamu sembahyang lima waktu sehari, lantas membaca Al-Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Kamu amalkan ini sejak baligh lagi dan sekarang umur kamu mungkin dalam lingkungan 20/30-an.


Katakan kamu seorang lelaki berumur 24 tahun yang sudah mengamalkan perkara di atas selama 10 tahun (kita ambil 14 tahun sebagai umur officially baligh). Sekarang, pengiraan:


10 tahun x 365hari x 17 kali = 62050.

Kamu telah membaca Al- Fatihah sebanyak 62050 kali dalam masa 10tahun. Itu belum masuk kira berapa kali kamu telah membaca surah Al-Fatihah sebelum baligh di sekolah rendah agama dan semasa solat terawih dalam bulan Ramadhan.


Tanda-tanda kamu pengamal ‘Islam Hadhari’?


Kamu telah baca surah Al-Fatihah sekurang-kurangnya 62050 kali tetapi tak pernah menghafal maksud surah itu. Kamu pernah membaca Al-Fatihah berpuluh ribu kali, tetapi tak pernah sekalipun faham apa yang kamu sedang lafazkan.

Aku tak suka istilah ‘Islam Hadhari’. Hadhari membawa maksud ‘bertamadun’, seolah-olah Islam tanpa penambahan ‘Hadhari’ itu tidak bertamadun. Cuma, walaupun dengan segala teknologi dan kemewahan yang kita ada hari ini, umat Islam zaman dahulu lagi bersikap bertamadun dari kita sekarang yang mengugut orang dengan pisau, keris dan kata-kata kesat jika tidak bersekefahaman dengan kita.


Tahukah kamu,


Nabi SAW dahulu, walaupun dibaling dengan batu berkali-kali sehingga darah dari kepalanya mengalir hingga ke tanah yang Baginda sedang berjalan atas (tanah di mana darah Nabi SAW tertumpah, tak akan ada tanaman yang boleh hidup dan mekar di situ), dibaling dengan tahi unta dan diletakkan kaki unta di atas tengkuknya semasa dia sedang bersujud supaya dia tidak boleh bangkit, masih mahu mendoakan kesejahteraan orang yang mencederakannya? Sehinggalah Allah SWT tidak membenarkan Nabi berdoa seperti itu lagi.


Pernah ada suatu perkampungan antara dua gunung, di mana Nabi ingin menyebarkan dakwahnya tetapi tidak disambut dengan baik. Nabi SAW pernah diberi pilihan oleh seorang Malaikat sama ada mahu gempa bumi terjadi supaya dua gunung itu ditemukan dan semua orang di perkampungan itu, yang mencerca dan mencederakannya, mati.


Baginda menolak idea itu dan berkata walaupun hari ini tidak ada yang dapat menerima ajaran Baginda, Baginda yakin suatu hari akan lahirnya ramai penganut Islam yang taat di perkampungan itu juga. Kamu semua tahu aku sedang bercakap tentang perkampungan mana. Ini ada dalam syllabus darjah 1 Pendidikan Islam.


Boleh kita buang cara pendakwahan secara paksaan/herdikan dan ‘holier-than-thou‘ approach sebagaimana yang sedang dipraktikkan dalam Malaysia sekarang dan ikut cara pendakwahan Nabi SAW? BOLEH?

Advertisements

Written by imagenta

March 25, 2008 at 2:58 am

Posted in Uncategorized

24 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. :))

    Anonymous

    March 25, 2008 at 4:17 am

  2. sokong!

    “holier-than-thou” – yang ini memang menyakitkan hati dan menyesakkan dada.

    47

    March 25, 2008 at 7:58 am

  3. aku suka surah demi masa tu…..aku sangat particular about time

    erm

    March 25, 2008 at 8:08 am

  4. anonymous: aku tertanya-tanya apa maksud di sebalik senyuman itu(ataupun kalau ditaip di YM, jadi icon LOL-ing..)

    47: kesian. dah lah broke, sakit hati dan sesak dada pulak. :p

    erm: ya, ramai orang particular abt time.

    magenta

    March 25, 2008 at 9:09 am

  5. kalau dah kesian, jangan tunggu tunggu lagi..dermalah, berilah saya bantuan ikhlas 🙂

    47

    March 25, 2008 at 9:12 am

  6. heheh. The smiley face is because recently ada orang komen at my blog saying that I am a true Islam Hadhari particularly because I cursed a lot in my blog and I went to Sunburst hari tu-with tudung on my head.

    That person even advised me to not say that I wear tudung because its ajaran Islam. He/she thinks its embarassing to claim so.

    Anonymous

    March 26, 2008 at 3:05 am

  7. 47: nak duit, earn it. maybe, just maybe, i’ll derma some money if i could hear the accoustic performance i missed out on last night. :p

    anonymous: tell that person 2 wrongs don’t make a right.

    just because someone drinks and steals, doesn’t mean s/he should fornicate and murder as well. and provided if that person is a muslim as well, then s/he believes in dosa dan pahala. if you buka tudung, dia ka yang nak tanggung yr dosa?

    it’s all very easy to say just because someone does one bad thing, s/he should be condemned straight to hell and has no hope for forgiveness. cuma, only God has the power to determine that.

    if one does not believe in that, one should start to question to which religion and teaching does s/he belong to.

    magenta

    March 26, 2008 at 4:43 am

  8. ada unsur dakwah dlm entri ni..
    ‘Tahukah kamu,’ tu sy xpenah tahu pun.
    alhamdulillah dah tahu sekarang dan ada sikit kesedaran pas baca.
    teruskan dakwah..bleh? 🙂

    naji

    March 26, 2008 at 5:12 am

  9. tu r.

    Anonymous

    March 26, 2008 at 5:46 am

  10. Boleh, mari bersama ke Masjid Sri Petaling.

    Siberkop

    March 26, 2008 at 9:25 am

  11. Sial. Aku dah taip sikit punya panjang tadi. Bila post, hilang. Stupid Bogger.

    Anyway, in short (summary apa yg aku taip tadi):

    Islam Hadhari = crap.

    The need to find other ways to unite the Malays.

    Ahmad Kamal Abu Bakar

    March 26, 2008 at 1:43 pm

  12. naji: teruskan dakwah? nak ke? hahaha tak pernah ada org minta saya berdakwah dlm real life. 🙂

    kebykan bloggers berdakwah, cuma tak obvious. promote hindari racism dan hindari drpd berpuak2, suruh menimba ilmu- kira dakwah juga.

    siberkop: masjid boleh, rumah pun boleh.

    akab: hahaha damn. curious juga to read what you had written previously. tapi gist pun jadila.

    magenta

    March 26, 2008 at 4:36 pm

  13. Geli hati jugak I baca semua komen. It seems that ramai takut nak komen or beri pendapat bernas tentang entry ni, so ramai yg elak beri komen relevan.

    I don’t think Islam Hadhari was invented to unite the Malays. I think it was created by a bunch of Muslims yg malu kepada non-Muslims nak mengaku diri mereka Muslims kerana anggap Islamic teachings rigid, kolot, etc.

    Contohnya, ada orang Islam solat lima waktu, ada yang tak. Mereka masih Islam selagi tak syirik, jadi jgnla kita mengkafirkan mereka pula dan memutuskan harapan mereka dari rahmat Allah. I suppose those yg tak solat occassionally kena jawab soalan non-Muslims yg aware solat lima waktu itu wajib. Some are honest about that, and admit that they aren’t practising Muslims (like Zidane), some yg dari kelompok lain create a lie saying it’s optional. So they’d probably claim they’re from a different school of thought; a new Islam, Islam Optional or Islam ICT or Islam MSC. Haha. Islam alaf baru la. My theory is that that’s how Islam Hadhari was spawned.

    It’s my luck to be raised in a family yg propagate Islamic teachings through good example, action and kind words, not like our Malay ustaz yg use disgusting threats (damn you infidels, thou shall rot in hell!). The former method is used by Rasulullah s.a.w, the most perfect human being ever created. His method is used by Christian missionaries and it works, tapi org Melayu bising gila bila ramai jadi apostate and anti-hadith and sunnah skang ni. A former pastor told me ape hal lak nak marah, dulu kita gak tanak dakwah. Kalau dakwah sikit, ada je orang yg suruh kita gi Masjid Sri Petaling. Dakwah (arabic word is tabligh, which means “menyampaikan”), is every Muslim’s obligation (this means kewajipan ye), but is shunned by majority of the Malay society.

    Damn I should start a blog. Seem to have a lot to say.

    Disclaimer: Saya bukan anti-Melayu ye. Orang Melayu yang anti diri sendiri dengan amalan songsang.

    Bovril Lavigne

    March 26, 2008 at 4:53 pm

  14. bovril: you should. write! write! i’d read it. hell, i’d even ask 47 to link it if you’re ok with that.

    magenta

    March 26, 2008 at 6:13 pm

  15. bovril lavigne: Exactomundo. Bernas.

    Hali Munan

    March 27, 2008 at 1:07 am

  16. Aha, Bovril dah ada blog tu nampaknya. Linklah saya sekali! Bleh? Ngee.

    Anyway, Bovril ckp yang ada org suruh kalau nak berdakwah pergi Masji Sri Petaling tu, maybe ada betulnya, tapi mungkin org tu cakap dlm nada sinis.

    Org Islam mmg perlu strategi yg betul kalau nak berdakwah dlm skala yg besar, mcm yg org Kristian buat tu gak. Maka apa yg gerakan Tabligh buat(kat Seri Petaling tu) mmg satu yg baik utk disertai atau diberi sokongan la atleast. Mende baik kan?

    Memang betul ramai dah cuba menyampaikan yang baik(dalam apa bentuk pun), tapi mungkin kita kena tekankan lagi pemahaman, sedikit2 tentang Islam yang sebenar. Sbb lagi banyak mende baik kita cuba sampaikan, lagilah byk dakyah kita kena lawan.

    Terpulang pada pilihan kan?

    Siberkop

    March 27, 2008 at 3:54 am

  17. islam hindari bukan hadhari.
    pak tuuut salah konsep.

    nana anak kandung en.shariff

    March 27, 2008 at 10:35 am

  18. Islam had hari

    manusia ganjil ikan yu

    March 28, 2008 at 6:18 am

  19. siberkop: haha kamu tanya wrong person. blog ini bukan milik saya

    nana & manusia ganjil ikan yu (amboi, nama) : hahaha anda boleh submit submit istilah2 tu kat website pak lah

    magenta

    March 28, 2008 at 2:44 pm

  20. Dari komen diatas nampak Islam hadhari lebih baik dari Islam totok Bovril.

    Mendabik buah dada dengan mengatakan family dia pendakwah terbaik tu namanya riak..dosa besar.

    Dosa tak sama besar Cik Magenta dan Cik anonymous. Tak pakai tudung dosa paling kecil kalau pun itu dosa tapi budaya Melayu atau Hadahri tak pandang sebagai kewajipan berat. Tenguk isteri PM / Sultan pun tak pakai tudung.

    Dosa mengumpat atau menyakitkan hati adalah dosa sesama umat yg tuhan tidak akan ampunkan selagi orang yg di sakiti tidak mengampunkan.

    Ini menunjuk penting hubungan antara manusia. Bukan kata God yang akan tentukan. Kalau tak tahu jgn memandai pula.

    Jelas kalau sanggup memaki hamun dan menyakitkan hati orang apa la guna bertudung sedang tudung itu bukan dosa berat melainkan oleh Islam totok yg menakutkan dengan mitos Tuhan yang zalim, pompuan kena gantung dgn rambut d akhirat.

    Memperlekeh usaha orang Islam lain kerana ingin membawa Islam yg logikal dan moden bukan contoh orang mukmin yang baik seperti Bovril yang bongkak.

    Apa yg boleh difahamkan Islam Hadhari tidak memberatkan pompuan memakai tudung tetapi menegah peribadi buruk seperti memaki dan mencarut.

    Jadi Anonymous bukan lah Islam Hadhari kerana memaki dan bertudung. Ini lebih kepada Islam totok.

    Adakah Islam Hadhari itu crap..? satu lagi sikap bongkak. Adakah ia membawa kepada kejahatan?

    Adakah kerana malu kata Bovril? Mungkin juga. Kerana dlm zaman human right ni organised religion yg cuba menghad kebebasan manusia dipandang serong in general. Dimana lain2 ugama telah semakin kurang influence nya maka kefanaticsm orang Arab sangat ganjil pada mata dunia.

    Apapun itu pilihan Abdullah Ahmad tapi yang jelas mereka yang mengutuknya tidak dapat memberi fakta selain hentam kromo di blog yg bebas ini.

    Akrib

    March 28, 2008 at 6:13 pm

  21. akrib:
    1. kamu sedar tak kamu telah contradict diri sendiri? kamu bercakap tentang kepentingan hubungan antara manusia dan dosa memaki orang, tetapi memanggil orang lain yang tidak bersependapat dengan kamu riak dan bongkak.

    2. komen bovril tak nampak riak. bagi aku biasa saja. komen akab pun tidak nampak bongkak bg aku. dia hanya menengahkan pendapat dia. memang di sini aku beri kebebasan bersuara. nama pun blog. ada ke blog yang tak bebas? islam hadhari kamu tidak mengajar untuk respek pendapat orang lain?

    3. aku tidak pernah kutuk atau menghentam pak lah. di entri ini atau mana-mana entri dalam blog ini. kalau kamu baca entri ini, aku tak menghentam sesiapa pun kecuali mereka yang berdakwah dengan cara yang salah. tapi kamu telah mengutuk sekurang-kurangnya 5 pemberi komen aku, aku dan blog ini. dan juga semua pengamal Islam yang mengikut Al-Quran dan sunnah Nabi. kamu nak amalkan islam hadhari, amalkanlah. tak ada siapa menghalang kamu.

    4. practice what you preach.

    “Dosa mengumpat atau menyakitkan hati adalah dosa sesama umat yg tuhan tidak akan ampunkan selagi orang yg di sakiti tidak mengampunkan.”

    -bagaimana? nak minta maaf pada orang2 yang kamu kutuk tadi?

    magenta

    March 29, 2008 at 4:40 am

  22. Cik Magenta yg bersemangat waja, sy ingat dulu orang Melayu kata yg penting itu niat..

    Niat mahu baik…beb

    “Aku tak suka istilah ‘Islam Hadhari’. “

    Fahaman Melayu tapi sekarang kurang didengari..

    Tiada siapa tahu niat bovril dan akab ..hanya mereka yang tahu..

    “Geli hati jugak I baca semua komen. It seems that ramai takut nak komen or beri pendapat bernas”

    Hmm mcm ada superiority complex di sini..the tone of the piece is ridiculing Islam Hadhari.

    Cuba lihat ayat yg tertulis, “Islam Hadhari = crap”…what does it means? A branch of Islam is crap..? Crap itu makna nya sampah..

    Saya rasa tiada org yg berilmu sanggup menjatuhkan hukuman Islam Hadhari itu sampah. Cuba pergi ke blog AKAB mungkin anda dapat teka peribadi beliau.

    Sedangkan imam2 yg besarpun kata jangan ikut mereka takut mereka salah.. They dont go around kata pendapat imam yg lain crap!!!

    Mereka tahu niat mereka sendiri. Dan jika nasihat sy di terima..alhamdulliah..massuk syurga la sy. hehehe Tapi jika memberi nasihat ini saya dikutuk oleh Cik Magenta, saya rela dan redha.Itulah nasib pendakwah sebenarnya… sob..sob

    Cik Magenta menuduh saya mengutuk mereka, itu tidak benar.. Saya cuma menilai ayat mereka..sy tak kenal merekapun sumpah! saya tak berNIAT mengutuk mereka.

    Sebab itu orang alim dulu jarang bercakap. Kerana lagi byk bercakap lagi byk boleh disalah ertikan.

    Of course gua respek pendapat Cik Magenta itulah sebab sy take the trouble to point out dosa2 yg mungkin tak disedari yg telah dilakukan..

    Wallahu alam..bissawb

    akrib

    March 29, 2008 at 1:28 pm

  23. Sigh. Kadang2, orang tak mentafsir penulisan saya sepertimana saya mahu mereka mentafsirkan. Ada yang terlebih tafsir, ada terpesong terus.

    Artikel ini bukan tentang Pak Lah, tentang politik, tentang kaum Melayu, tentang personaliti bloggers lain ataupun tentang aku. Artikel ini hanya tentang cara pendakwahan yang betul. Memang ada unsur2 sarkastik, tapi Islam Hadhari bukanlah tema utama.

    Akrib, istilah dan konsep adalah dua perkara yang sangat berbeza.

    magenta

    March 29, 2008 at 3:57 pm

  24. terlajak perahu boleh diundur
    terlajak kata sudah terlambat
    mengejar glamour memang diatur
    mengisi sampan yang tertambat….

    kalau pisang masak sebiji
    jangan di salah setandan pokok
    kalau sayang pada sidiri
    mesti menjaga seisi periuk

    Ikan di darat asam di darat
    di dalam kuali tetap bertemu
    harimau berbelang manusia meninggalkan nama
    kucing meninggalkan sicomel

    jalan kehadapan tenguk ke kiri
    jalan ketepi macam egyptians
    kalau betul bagai dikata
    jangan di anggap harakiri

    sembilang misainya tajam
    kalau dipegang akibat disengat..
    pirrgh habis idea…

    telus

    December 9, 2008 at 10:51 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: